Monday 21 November 2011

Kalau perempuan suka kat lelaki tue,dia akan...

Situasi : shopping complex
Cuba korang  fikir apakah tanda-tanda yang mungkin diberi oleh seorang perempuan, memandangkan itu kali pertama ternampak korang. Sebab situasinya bukan seperti di sekolah, universiti atau asrama yang dia boleh jumpa korang lagi. Mungkin ini pertama dan terakhir dia jumpa korang di shopping complex itu.

So dia tak nak lepaskan peluang untuk berkenalan dengan korang. Tetapi takkan perempuan hendak mengorat lelaki pula kan. Perempuan biasanya malu untuk mendekati lelaki berbanding lelaki mendekati perempuan. Tetapi mereka biasanya akan memberi tanda-tanda supaya lelaki tu sedar dia sedang di usha.


1) Asyik tengok/curi pandang

Perempuan juga seperti lelaki, kalau suka pada lelaki dia akan tengok juga. Mungkin pandangan berbeza sedikit berbanding lelaki sebab lelaki biasanya tengok perempuan cantik, tetapi perempuan dia boleh tengok lelaki pada rupa, penampilan dan juga tingkah laku. kalau terpandang kali pertama normal la tapi kalau perempuan tu asyik pandang dan merenung ke arah korang kemungkinan dia hendak berkenalan dengan korang tapi dia malu.

2) Senyum kat korang

Mungkin apabila korang perasaan/sedar perempuan tu tengah usha, dia mungkin akan alihkan pandangan. Kemudian dia akan pandangan korang dan senyum kat korang. Setiap kali dia pandang dia akan senyum. Kalau macam ni semakin kuat firasat menunjukkan perempuan itu berminat dengan korang dan mungkin dalam hatinya berkata "kalaulah dia tegur aku".

3) Akan cuba tonjolkan diri

Mungkin jarang jumpa perempuan jalan seorang diri. Biasanya mereka akan bersama kawan perempuan mereka yang lain, selain dengan kawan-kawan lelaki. Kalau dorang pergi shopping, biasa memang dengan kawan perempuan la. Apabila berkumpul, ada yang memang semula jadi sikapnya. Tetapi ada juga yang apabila perasan korang berada di depan, dan dia berminat hendak berkenalan dengan korang, dia akan cuba menonjolkan dirinya. Tujuannya adalah untuk menarik perhatian korang

Mungkin dia menggunakan cara ketawa kuat, cakap kuat- kuat walaupun sebelum ini dia senyap je, alih kerusi biar pandangan lebih jelas terhadap anda, buat-buat bangun, betulkan kasut dan macam-macam lagi la asalkan korang perasaan adanya dia di hadapan korang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...